Sunday, September 27, 2009

Kasih sayang tiga generasi terbukti di gambar ini....

Saturday, September 26, 2009


tak tau pasai apa gambar ni jadi kecik. Anyway...
HAPPY BIRTHDAY TO SUHAIL!!!!!

Doa Buat Mohamad Nazri


Ya Allah...Ya Rahman Ya Rahim....


Aku dan ahli keluarga yang lain memanjat doa kepadaMu Ya Allah yang Maha Kuasa dan Maha Mengasihani... Kami mohon doa moga dibukakan rezeki yang luas kepada Mohamad Nazri agar peluang menerima gaji gurubesar yang diidamnya menjadi kenyataan. KepadaMu Ya Allah kami menyerahkan diri kami...Moga doa kami anak beranak diterimaMu Ya Allah...

Amin.

Pesanan Buat Anak Buah Kesayangan....

Hidup ini perlukan disiplin untuk berjaya. Kejayaan tidak mudah datang kecuali dengan usaha. Apa salahnya mengisi masa untuk belajar dan bersedia lebih awal untuk SPM tahun hadapan. Seronok sangat kah melepak dan bermain2 sepanjang masa dengan kawan2 yang bukannya nak kita berjaya tapi sekadar suka2 membuang masa.
Tidak terlintaskah di hati ingin berjaya...berkereta besar...berumah mewah? Takut nanti sampai masa, rasa iri hati menyerang jiwa melihat kawan-kawan gembira, bergaji besar. Kita pulak terhoyong2 mencari kerja... SEDARLAH... kita yang menentukan masa depan kita. Mak Ayah dan keluarga yang lain tidak menongkat langit. Mereka tidak akan bersama kita membantu sepanjang masa....
Apa sangatlah bersuka dengan motor dan handphone yg ada sedangkan jika rajin berusaha...duit simpanan boleh berjuta. Kami bapa2, mak2 dan sedara yang lain hanya mampu berdoa. BERUBAHLAH.... mak dan abah tu sayangkan anaknya.... tak cukupkah makan minum dan kasih sayang yang diberikan... INGAT...!!! alangkah malang hidup orang yang tidak sedar dengan kesilapan diri dan memperbetulkannya... RUGINYA HIDUP BERSANDARKAN KESERONOKAN SEMENTARA....
Ingatan dengan penuh kasih sayang buat anak saudaraku....

Makluman

Laman blog wati dah dikemaskini. Jika ada yang ingin mengemaskini laman blog masing-masing. Sila kirimkan melalui amirul_nazrin@imi.gov.my

Sumbangan Hearing Aids


Mohon jasa baik An dan Ayu agar mak dapat dibawa ke Hospital Sg Buluh dengan segera untuk ubati telinganya. Tahniah dan syabas kepada adik ku Mohamad Nazarudin yang telah menyatakan kesanggupan mengeluarkan RM1000 untuk belanja beli hearing aids mak. Insyaallah, aku akan cuba melakukan perkara yang sama.... Biar berpeluh, biar letih terpaksa merangkak... jasa mak tetap dikenang...usaha diteruskan untuk mendapatkan dana.

Jangan Tinggal Solat

Sama-sama lah kita menunaikan solat dan saling ingat mengingati ke arah mendapat rahmat Allah SWT. Jangan kita asyik dengan hal dunia sehingga kita lupa bekalan untuk akhirat. Moga kita dilahirkan sebagai keluarga dunia dan akhirat......