Sunday, December 6, 2009

Salam...

Pak Uda dah selamat bernikah ngan kekasih hatinya dari Keluang, Johor. Lepas ni kena undi le nak balik mana untuk raya... Ayah tak berapa sihat. Dah beberapa hari admitted kat Hospital Kulim. Kata mak ayah makan selera...Moga ayah cepat sembuh.

Minggu ni Jumaat...tumpang An balik Kulim...rindukan Nayli yang sambut besdaynya hari ni 7 Dis 2009... Wa..dah dua tahun.... Alhamdulillah Aina pun dah baik demam...syukur pada Yang Maha Esa

Monday, November 30, 2009

Berita semasa bersambung

Atas sebab-sebab teknikal maka ada post yg kena delete. Anyway, very busy lately. bil api sebulan rm1.00 sj...tak perlu bayar sebab jarang ada di rumah hehehe.

Hari raya haji hari tu balik kulim. Ayah dan mak buat nasi ayam pada pagi raya. Yg peliknya, kuih muih meriah mcm raya aidilfitri jugak. Wati ngan man senang la jalan2 lepas ni sebab highway kuala pilah ke seremban dah siap... senang jugaklah sy nak menziarah adik di balik gunung sana heheheh

Friday, November 20, 2009

Salam...lama tak update blog ni

Sori...lama tak update blog ni sebab busy lately... sekarang dah buat 4 kerja sekaligus.. 1. ketua pusat rekod, penyelidikan dan pembangunan. 2. ketua pusat pengajian komunikasi dan pengurusan (boss dia dah cuti 3 tahun ke Qatar). 3. Pegawai Perhubungan Awam Akademi Imigresen Malaysia 4. ketua Unit Pentadbiran bhg latihan. Ini tidak termasuk ahli j/kuasa itu dan ini....

Happy Birthday pada Ayu, Aina dan Nazri...juga tak lupa pada Mak Tam... Moga panjang umur, murah rezeki dan diberi kesihatan yg baik. Tahniah dan syabas pada Irfan kerana berjaya dapat 5A. Moga tahun depan Farid akan berjaya di dalam SPM dan Syafiq di dalam UPSR...

Ayah...rehat byk2. tak perlulah dok beli simen ngan pasir... terus buka kedai hardware lagi bagus hehhe... Hopefully telinga mak dah boleh adjust ngan hearing aids. tak tau bila dapat settlekan bil.

Apa azam tahun baru? Aku berazam turunkan berat badan.....

Thursday, October 22, 2009

Ceramah-ceramah...ceramah

baru selesai bagi ceramah Nilai Etika Perkhidmatan Awam dan PKPA..minggu depan boss minta ganti bagi ceramah visa, pas dan permit pulak..malam ni kena stay back la...selesaikan presentation..tak la gelabah nanti

Kerja Banyak Di Akhir Tahun

Lepas satu..satu menyusul...kerja makin banyak...rasanya sampai awal tahun depan.. 27hb ni jadi moderator di dialog tna kat shah alam, 29hb di pusat bandar damansara, 2hb 11 di penang, 5 hb di kuching....habis tu...start rsp plak...kena siapkan kalendar kursus tahun depan... kajian kes tna nak kena sedia gak...laporan tahunan 2009 pun dah kena mula .....adoiiiiii

Tuesday, October 13, 2009

Our VVIP guest last nite...lama tak sembang sama...last2...tido sekali...i respect u la pakteh..tidor without a sound... kami anak-anak sedara ni dah tak sabar...waiting for makteh to step her foot on malaysia soil. Makteh Joy...England. Kalau boring2..mai la pd ni...boleh gak kita jalan2...ngorat2 dak pd hehehe

Sunday, September 27, 2009

Kasih sayang tiga generasi terbukti di gambar ini....

Saturday, September 26, 2009


tak tau pasai apa gambar ni jadi kecik. Anyway...
HAPPY BIRTHDAY TO SUHAIL!!!!!

Doa Buat Mohamad Nazri


Ya Allah...Ya Rahman Ya Rahim....


Aku dan ahli keluarga yang lain memanjat doa kepadaMu Ya Allah yang Maha Kuasa dan Maha Mengasihani... Kami mohon doa moga dibukakan rezeki yang luas kepada Mohamad Nazri agar peluang menerima gaji gurubesar yang diidamnya menjadi kenyataan. KepadaMu Ya Allah kami menyerahkan diri kami...Moga doa kami anak beranak diterimaMu Ya Allah...

Amin.

Pesanan Buat Anak Buah Kesayangan....

Hidup ini perlukan disiplin untuk berjaya. Kejayaan tidak mudah datang kecuali dengan usaha. Apa salahnya mengisi masa untuk belajar dan bersedia lebih awal untuk SPM tahun hadapan. Seronok sangat kah melepak dan bermain2 sepanjang masa dengan kawan2 yang bukannya nak kita berjaya tapi sekadar suka2 membuang masa.
Tidak terlintaskah di hati ingin berjaya...berkereta besar...berumah mewah? Takut nanti sampai masa, rasa iri hati menyerang jiwa melihat kawan-kawan gembira, bergaji besar. Kita pulak terhoyong2 mencari kerja... SEDARLAH... kita yang menentukan masa depan kita. Mak Ayah dan keluarga yang lain tidak menongkat langit. Mereka tidak akan bersama kita membantu sepanjang masa....
Apa sangatlah bersuka dengan motor dan handphone yg ada sedangkan jika rajin berusaha...duit simpanan boleh berjuta. Kami bapa2, mak2 dan sedara yang lain hanya mampu berdoa. BERUBAHLAH.... mak dan abah tu sayangkan anaknya.... tak cukupkah makan minum dan kasih sayang yang diberikan... INGAT...!!! alangkah malang hidup orang yang tidak sedar dengan kesilapan diri dan memperbetulkannya... RUGINYA HIDUP BERSANDARKAN KESERONOKAN SEMENTARA....
Ingatan dengan penuh kasih sayang buat anak saudaraku....

Makluman

Laman blog wati dah dikemaskini. Jika ada yang ingin mengemaskini laman blog masing-masing. Sila kirimkan melalui amirul_nazrin@imi.gov.my

Sumbangan Hearing Aids


Mohon jasa baik An dan Ayu agar mak dapat dibawa ke Hospital Sg Buluh dengan segera untuk ubati telinganya. Tahniah dan syabas kepada adik ku Mohamad Nazarudin yang telah menyatakan kesanggupan mengeluarkan RM1000 untuk belanja beli hearing aids mak. Insyaallah, aku akan cuba melakukan perkara yang sama.... Biar berpeluh, biar letih terpaksa merangkak... jasa mak tetap dikenang...usaha diteruskan untuk mendapatkan dana.

Jangan Tinggal Solat

Sama-sama lah kita menunaikan solat dan saling ingat mengingati ke arah mendapat rahmat Allah SWT. Jangan kita asyik dengan hal dunia sehingga kita lupa bekalan untuk akhirat. Moga kita dilahirkan sebagai keluarga dunia dan akhirat......